Tuesday, May 17, 2011
AL FATIHAH..
Pada hari jumaat lepas 13hb mei Datin hajjah orkid abdullah telah kembali keRahmatullah.Sempat juga mama dan suami serta ibu mertua melawat dan menatap wajahnya buat kali terakhir pada malam jumaat tu,mama sampai hospital ampang dalam kul 12.30pagi,arwah menghembuskan nafas lebih kurang pukul 12.40 tengahari.Dan pada hari ni 17hb mei selepas lebih kurang empat hari mak ngah pergi suaminya pula Dato haji Mokthar menyusul isteri tercinta.Mereka juga dimasukan di hospital yang sama cuma berlainan wad,isteri di icu dan suami ditempatkan diccu.Kami juga sempat melawat suaminya yang mama dan suami panggil pak ngah semasa di hospital.Dato mokhtar merupakan adik kandung ibu mertua mama,buat anak2 arwah yang ditinggalkan semoga tabah menghadapi ujian ini semoga roh2 mereka ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..memang sejati cinta mereka cangkul dan tanah yang memisahkan mereka , pusara mereka pula berdekatan selang satu pusara.AL FATIHAH