Tuesday, April 27, 2010

KEK HARI LAHIR..

Kek ari lahir ni diode oleh cikgu rosnah sebanyak lima belas buku untuk sekolahnya sempena ari lahir cikgu2 kat situ,terima kasih banyak mama ucapkan pada cikgu rosnah kerna sudi ode gan mama.Puas main buttercream dan menyeronokan. Lebih kurang minta halal ya cikgu dan untuk cikgu yang menyambut ari lahir tu mama ucapkan selamat hari lahir ,dimurahkan rezeki dan sihat selalu..

Ini diantara kek2 yang dihasilkan..








MAJLIS PERKAHWINAN LAGI

Minggu lepas mama gi majlis jemputan sepupu mama tempohari ,kali ni sebelah lelaki plak.Mama pun tolong juga rewang umah bapa sedara mama ,penat juga tapi seronok dapat jumpa sedara mara jauh dan dekat.Malas benor nak menaip jadi kita tengok gambar jelah ya..


Kek kawin pengantin..



Pasangan yang sama cantik sama padan..


Monday, April 19, 2010

MY KEK PALESU(FAUX CAKE)

Masih lagi bab menyelam sambil minum air ,he he sempat juga mama gi kelas kek palesu ni,kelas ni pun tak lama sangat jadi mama cal lah cikgunya,dia pun free mama gilah umahnya dan belajar camna nak buat kek palesu ni..kepada sesiapa berminat nak belajar boleh contek mama..


CISTAT/MUFFIN

Kak jamaliah ode 50pcs cistat dan 50pcs muffin strawberi gan muffin blueberi tuk bawa bekal gi tengok anaknya belajar kt kl,terima kasih daun keladi ya kak..

MY LITTLE MR. & MRS. TEDDY BEAR

Macam biasa sambil menyelam sambil minum air he he,gi jemputan kawin kt KL teruslah gi menimba ilmu so inilah hasilnya,terima kasih ina ada rezeki kita jumpa lagi ya..sesiapa yang berminat nak ode dan nak belajar bolehlah cal mama ya..Dan kepada sesiapa yang berminat nak belajar apa2 modul boleh contek mama tuk arrange hari dan waktunya ..

MAJLIS PERKAHWINAN

Pada minggu lepas bertempat di Hotel Singgahsana ,Petaling Jaya mama telah menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu lelaki mama ,maknanya pengantin lelaki tu lah..Selama dua hari mama di kuala lumpur .Mama ucapkan Selamat Pengantin Baru buat fitri dan sara semoga kekal hingga ke akhir hayat...Memang sedap hidangan nasi baryani tuari emm bila ingat perut jadi lapar..

Artis jemputan kumpulan rabbani..

Tinggitu kek kawin nya..

Pasangan pengantin sedang memotong kek..

Pasangan yang sama cantik sama padan..

ODER KEK/MUFFIN

Muffin stawbwerry dan oren ni diode oleh kak su sebanyak 100pcs tuk dibawa balik kekampungnya di kota tinggi nak bagi anak sedaranya yang kebetulan nak sambut arijadi.Terima kasih kak su jangan serik ya..


CMC ni di ode oleh zura sempena ulang tahun perkahwinan nya ,terima kasih zura kalau tak silap mama dari taman scientex,tak sempat mama nak tanya minggu lepas buzy sesangat..

Tuesday, April 13, 2010

KELAS CC 11/04/2010

Kelas ni dihadiri oleh dua sahabat karib iaitu Fain dan siti,meke berdua ni bekerja pun satu tempat jadi senang lah ya,mama nak ucapkan terima kasih pada meke kerna sudi belajar gan mama jangan serik ya..

Nie siti bersama hasil tuaian nya he he

fain tersenyum riang gan hasil dekonya..


Sunday, April 11, 2010

TEMPAHAN KUIH MUIH

Apam comel berinti dan talam lapis jagung ni diode oleh along untuk majlis Yassin diumahnya ditaman scientex,terima kasih along,kepada pengoda2 tu kalau ada kekurangan beritau mama kalau sedap bagitau orang ya he he,lebih kurang mintak halal ya..

Nie talam lapis jagung.

Empat jenis talam diode oleh dila untuk dibawa balik kekota untuk majlis perkahwinan anak makchiknya,talam lapis suji,talam lapis pisang ,talam sri delimaa dan talam cendol.Mama ucapkan terima kasih pada dila kerna sudi ode kuih gan mama..

Talam lapis pisang.

Talam lapis suji.

Talam tokya diode oleh kak jee dari pasir putih,terima kasih kak gee..


Dua buku kek marble ni diode oleh puan rogayah dan dua buku benji rol diode oleh suraya dari pasir putih kalau tak silap mama,terima kasih ya.

Saturday, April 10, 2010

KELAS TART

Kelas tart ni dihadiri oleh anim pada sebelah petang ,maklumlah anim ni berkerja dah lama sangat nak belajar jadi lepas balik keje anim terus gi umah mama lepas cikgu2 balik anim pun sambung kelas ni solo2,anim ni rajin buat kuih2 ni sebab anak2 nya suka makan,baguslan tu nim pandai buat sendiri buat je lah yea,tak yah nak beli2..


ni adalah entry tercicir..

KELAS BLUEBERRY CHEESE TART/TART BUAH

Kelas tart kali ni dihadiri oleh empat orang cikgu2 dari sekolah menengah pasir putih,terima kasih mama ucapkan pada cikgu2 yang sudi belajar gan mama.Pada cikgu nurul,cikgu farhana,cikgu shazulia dan cikgu mazliati mama ucapkan selamat mencuba dan selamat maju jaya..Kita tengok aksi2 dan pose manja cikgu2 muda ni..