Sunday, February 28, 2010

CUP CAKE
Kap kek ni di ode leh sorang pak we tuk mak we nya,saja2 katanya ini aja yang sempat mama gentel tak larat lagi mata pun dah mengantuk jadi mama pun buat enam ketul je dia nak dua belas ode pun last minit mama tanya nak tema apa dia kata belasah je mama,apa pun terima kasih zaki semoga mak we suka ya..


Saturday, February 27, 2010

KELAS CUP CAKE
Kelas kali ni di hadiri oleh aisyah,ini merupakan kali kedua aisyah datang menuntut ilmu gan mama.Kali pertama dulu aisyah belajar steam butter cream dah dapat orde kata nya,bagus lah tu aisyah terus kan usaha mu itu..mama doakan semoga aisyah succes ya..ok kita tengok gambar je lah..



CHOCLATE FONDANT CAKE
Kek ni mama dah lama nak belajar tapi baru ada masa,memang cantik sangat kek ni sesiapa yang nak buat hantaran memang sesuai dan nampak sangat exclusive,ya mama tak tipu.Dah lama sangat tak jumpa my dear azie ni so apa lagi kami pun tangkap gambarlah ,itu pekara rutin lepas kelas he he.Pada azie mama ucapkan terima kasih diatas segala tunjuk ajar mu ada masa Insyaallah kita jumpa lagi...



KELAS POPKEK
Kelas ni direquest oleh anna dan kebetulan mariam pun nak join dan kebetulan pulak mama tak de apa2 program so ok sangatlah.Seronok sangat mama dapat jumpa diorang macam dah lama kenal,mama ucapkan terima kasih pada meke berdua kerna sudi belajar gan mama,jangan serik tau..kepada sesiapa yang nak belajar apa2 kelas boleh cal sms atau email mama tuk confirmkan tarikh dan modul kelas..



Popkek pahar..


Friday, February 26, 2010

KEK MARBLE
Kek ni diode oleh cikgu Rogayah dari pasir putih sebanyak 5 buku untuk majlis kawin sedaranya diselangor,terima kasih cikgu ya,jangan serik tau.5 buku lagi diode oleh anak sedara mama tuk majlis kenduri diumah mak mertuanya..


Sunday, February 21, 2010

MUFFIN COKLAT CHIP
Muffin ni mama buat sebab anak perempuan mama nak balik U,cuti dah abis sedih ni hu hu, jadi ni kira bekal la ni mama buat muffin pisang gan muffin coklat chip tapi yang pisang tu dah terngap abis pulak ialah bukan senang mama dia nak dapat mood rajin macam ni..


Saturday, February 20, 2010

PUDING HANTARAN
Puding hantaran ni diode oleh kak ngah dari taman sceintex tuk hantaran tunangnya minggu lepas,harap kak ngah berpuas aati dengan pudingnya dan mama ucapkan selamat bertunang pada kak ngah..

Thursday, February 18, 2010

MCC & GANACHE ROSES
Kek ni diode oleh masita dari senai,tq ita sebenarnya mama dah lama tak buat kek ni bukanya apa kekadang tu malas banget nak membuatnya kecuali kalau ada ode aii kenalah buat.Kepada sesiapa yang ode atau belajar bolehlah calling2 mama ya..


BLUEBERRY CHEESE TART
Tart ni diode oleh NJ sebanyak 50pcs saje2 nak makan, terima kasih nj kerna sudi ode gan mama,lain kali boleh kita borak lama2 sikit ya..
POPCAKE
Popcake ni di ode oleh kawan adik untuk hantaran tunang ank sedaranya,dia datang umah tengok sample yang mama buat tuk anna terus confirm dia nak color yang sama ,macam tak kelam kabut mama dibuatnya nasib baik sempat nak amik mlm ni juga aah legaa baru siap..anyway thanks ani lain kali nak ode jangan mengejut2 ya..



Popcake ni diode oleh anna saje tuk makan2 ,terima kasih anna..

Wednesday, February 17, 2010

SUNWAY LAGOON
Dah terlanjur sampai kat kl bebudak tu sibok ajak gi jalan2 kt kl banyak juga kedai yang tutup tapi ada juga shoping complex yang bukak jadi mama dan family pun singgah di sunway piramid bersebelahan dengan sunway lagoon ingat nak masuk orang punyalah ramai mak aii tak sangup nak bebaris jadi mama pun tangkap lah gambar je..bebudak punya geram ..he he diorang cuma sempat main ice skating je, okay lah tu..



KEK PISANG
Kek ni di ode oleh roha jiran mama,terima kasih ya dah lama ode baru mama berkesempatan membuatnya,terima kasih roha..

Monday, February 15, 2010

ANEKA TALAM
Minggu lepas mama berkesempatan pergi menambah ilmu talam dengan chef asma di kl,walau pun mama telah berguru dengan dua tiga sifu tapi lain cikgu lain cara nya,kebetulan mama ni memang peminat gila kuih talam jadi saja pergi tuk menambah ilmu talam menalam ni.Sesiapa yang berminat nak ode atau nak belajar gan mama boleh sms atau email mama ya..




BLUEBERRY CHEESE TART
Tart ni di ode oleh opismate adik tuk jamuan sempena tahun baru cina ditempat kejenya sebanyak 200 pcs.Terima kasih daun keladi lain kali boleh ode lagi..he he

Thursday, February 11, 2010

CUPCAKE HANTARAN
Cupcake ni diode oleh zizah untuk anak sedaranya yang akan bertunang minggu ni,kalau tak silap mama dipenang majlis tu.Terima kasih mama ucapkan pada zah kerna sudi ode gan mama,jangan serik ya..


Monday, February 8, 2010

KEK HANTARAN DAN TUK MAJLIS2 YANG SEWAKTU DENGANYA
kek ni mama memang suka sangat dah lama teringin nak membuatnya,Alhamdulilah akhirnya dapat juga mama menyiapkan kek ni dengan tunjuk ajar ina ,terima kasih mama ucapkan padanya.Kepada sesiapa yang berminat nak ode atau nak belajar buat kek ni bolehlah contek mama ya..

Yang ni versi tak pakai selimut dari KL nak bawa balik johor selimutnya terbang tapi kek still ok lagi.he he..