Monday, May 31, 2010

TEMPAHAN KEK ARIJADI

Kek ni diode oleh cikgu khairina sempena arijadi anaknya danish yang ke lima tahun,terima kasih cikgu ..kek ni nak dibawa ketaska anaknya, harap danish suka gan kek nya..


Sunday, May 30, 2010

TEMPAHAN TALAM

Talam lapis kacang merah dan talam jagung ni diode oleh roha jiran sebelah mama tu di kasi pada kawan nya yang buat kenduri doa selamat.Terima kasih ya roha kerna sudi ode gan mama,sering juga roha ni ode gan mama.Terima kasih daun keladi..

Talam lapis kacang merah ni memang enak..

ni talam jagung..

Saturday, May 29, 2010

TEMPAHAN KEK STEAMBUTTERCREAM

Kek kawin steam buttercream tiga tingkat ni diode oleh zura tuk adik iparnya di pontian.Teknik steam buttercream ni kalau kena gaya nya memang cantik,mulus dan nampak sebiji macam fondant.Warna kuning merah menjadi pilihan pengantin pada kali ini.Sesiapa yang berminat nak ode atau belajar boleh lah contek mama ya..


yang ni bawah sekali..

second tier

Yang ni tingkat paling atas..

yang ni belum siap make up lagi..

Thursday, May 27, 2010

AKADEMI FANTASIA & TEMPAHAN KUIH

Kek ni diode oleh auntie ina (sebenarnya ni nama manja dia) orang nya muda lagi,ina ode ni sempena wedding anniversary dia dan sempena kenaikan pangkat sekali gus,nak kasi opis mate katanya, tahniah ina..jangan serik ya ..lain kali leh ode lagi.Ina ni juga pelanggan kat kedai makan mama.


kek coklat ni memang moist ,sedaap sangat,... betuul...

Empat batang benji roll ni ditempah oleh salah seorang pelanggan dikedai mama nak buat kenduri kat umah mak dia kat kluang kalau tak silap..terima kasih ya nama lupa muka kenal he he

Minggu lepas anak2 mama sibok ajak gi tengok konsert akademi dalam penat2 tu terpaksalah gi jugak sekali2 kan bebudak tu nak tengok jadi mama gan suami dok layan je lah .Best tengok sharir nyanyi memang dah agak dia menang sebab masa dia nyanyi dari awal sampai akhir sume menjerit2 bagai nak rak.Apa pun memang enjoy sakan bebudak tu..

Anak mama ni dua2 suka sangat dengan sharir tu tengok tu siap beli baju ada muka sharir,peminat fanatik la katakan..

Tuesday, May 25, 2010

BRUSH EMBROIDERY

Minggu lepas mama gi menambah ilmu dengan chef shahril,memang cukop teliti dan profesional sekali dalam membuat keje,Kami semua memang enjoy sekali dalam kelas tu seronok sangat ,semua sekepala riuh rendah dengan gelak ketawa kita orang maklumalah dah lama tak pegang berus kala mau tak kelam kabut dibuatnya tapi ari kedua berkat tunjuk ajar chef dapat lah kami menyiapkan tugasan yang diberi .Banyak tips dan tunjuk ajar chef pada kami ,terima kasih chef..barulah mama tau apa tu teknik brush embroidery ..

Nie hasil kerja tangan shida juga mengancam..gambar kek kawan2 mama yang lain tak de lak dalam kamera ni rasanya dan snap..

Yang ni zalina punye cantikk kan..

Setelah bertukus lumus dan semangat waja mama and the geng dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya..

yang ni ari kedua dah ok sikit..

ha ha hari pertama merayap2 lagi tapi chef sharir memang beri perhatian penuh pada semua pelajar2,ni lah hasilnya

Monday, May 24, 2010

KEK BANTAL DAN KEBAYA HANTARAN

Kek hantaran fondant bantal dan kebaya hitam putih ni diode oleh adik ipar mama tuk majlis perkahwinan adiknya di pontian,sebelah pompuan kasi bantal dan belah lelaki kasi kebaya ,sementara kebaya merah diode oleh opismate adik mama tuk majlis perkahwinan nya di kluang.Kebaya merah tak sempat nak amik gambar sangat sebab tuan punya kek dah datang.Harap mereka berpuashati dengan kek nya ,jangan serik ya.Kepada sesiapa yang tempahannya mama postphone Insyallah minggu ni mama cuba buat, maklumlah ni musim orang kawin kan jadi buzylah sikit,juga kepada yang nak belajar apa2 modul june nanti mama start balik.Apa pun kepada sesiapa yang nak belajar kek hantaran ni atau menempah apa2 boleh lah calling2 mama ya..





Wednesday, May 19, 2010

GI JALAN-JALAN MAKAN ANGIN

Minggu lepas mama gan suami gi jalan2 makan angin kat jakarta,sambil tu sempat lah mama cari barang2 mama Alhamdulilah dapatlah apa barang yang mama hajatkan.Kat sana mama tinggal selama lebih kurang empat hari keadaan dijakarta memang sering macet.Masa mama sampai tu dari airport nak kehotel memang macet gila orang sana bilang macet total,ai sabar jelah.Sampai kat hotel amik masa lebih kurang dua jam sedangkan kalau tak jem cuma lebih kurang empat puloh minit je.Tak banyak gambar2 yang sempat mama rakam,dan yang paling mama suka makan di restoran masakan padang macam kat bawah ni,dia akan letak habis segala2 lauk yang ada kat atas meja kita jadi kita makan apa yang nak je lah tapi sume sedap2.Mama kira2 dekat2 tiga puloh jenis lauk kat atas meja tapi paling banyak pun kita boleh makan dalam enam tujoh jenis je.Pas tu mama gi makan ikan gurame bakar dan lauk2 jawa tapi lupa nak amik gambar dah makan tinggal tulang baru lah teringat nak amik gamabar,he he nak buat macam mana..

Ni hidangan makan tengahari masa tu lauk belum banyak masak lagi yang ni je yang dah masak jadi yang tu jelah dilonggok kat atas meja ..

Yang ni tahu kipas..dalam nya ada macam2 sayur dan udang ,ranggup sangat..yummy yummy

Diantar hidangan makan malam mama,sume nya enak2..

Nilah dia ais teller nya ,banyak buah2an ada nangka, avokada dan banyak buah lainya memang dah makan sekali teringat2..

Mama sedang menikmati ais teller ,memang nyaman sekali ..sejuk je



Ni gambar suami mama kat tugu monas..

Tah apa nama tugu ni mama kurang pasti sebab amik gambar pun dari dalam kete je malas nak keluar..

Thursday, May 13, 2010

KEK COKLAT KUKUS,BENJI ROL,CC DAN KEK ARIJADI

Kek ari jadi ni diode oleh jiran adik mama ditaman scientex tuk ari jadi anaknya,nama mama tak ingat,apapun terima kasih mama nak ucapkan padanya kerna sudi ode gan mama..




Kap kek tanpa hias ni diode oleh cikgu rosnah tuk ari guru,kek ni akan dideko oleh murid2 dan akan dijual pada ari guru nanti,terima kasih cikgu mama ucapkan selamat hari guru pada semua cikgu2 diseluruh malaysia, jasa anda amatlah besar dalam mendidik anak bangsa ..terima kasih !

Dua buku benji rol dan kek coklat kukus ni diode oleh izan dari nusa damai kalau tak silap mama,terima kasih ya izan ..

Tuesday, May 11, 2010

BENJI ROL & MOIST COKLAT KEK

Kek ni mama saja2 buat tuk ibu mama dan adik2. yang kebetulan datang keumah mama jadi malam tu kita celebrate lah hari ibu ,banyak juga hidangan yang kami sediakan ,seronok sangat tapi gambar2 hidangan pada malam tu lupa nak amik gambar,ada ayam bakar,kuih muih dan pencuci mulut.Walaupun dah terlambat mama nak ucapkan juga selamat pada ibu mama,ibu mertua dan seluruh ibu2 dimalaysia ni.



Dua buku benji rol ni diode oleh ida jiran sebelah umah mama tuk anak nya daniel,ida ni memang sering juga ode benji rol sebab anaknya suka sangat makan ,terima kasih ida .