Tuesday, May 11, 2010

BENJI ROL & MOIST COKLAT KEK

Kek ni mama saja2 buat tuk ibu mama dan adik2. yang kebetulan datang keumah mama jadi malam tu kita celebrate lah hari ibu ,banyak juga hidangan yang kami sediakan ,seronok sangat tapi gambar2 hidangan pada malam tu lupa nak amik gambar,ada ayam bakar,kuih muih dan pencuci mulut.Walaupun dah terlambat mama nak ucapkan juga selamat pada ibu mama,ibu mertua dan seluruh ibu2 dimalaysia ni.



Dua buku benji rol ni diode oleh ida jiran sebelah umah mama tuk anak nya daniel,ida ni memang sering juga ode benji rol sebab anaknya suka sangat makan ,terima kasih ida .

Saturday, May 8, 2010

KELAS ANEKA KEK

Kelas aneka kek kali ni dihadiri oleh kelly dari penang,lembut dan peramah sangat orangnya,santai je kelas pada ari tu,mama ucapkan terima kasih pada kelly yang sudi belajar gan mama nanti ari raya bolehlah buatkan mak kek ya.tq kelly..

kek yang dah siap..

nie kek gula hangus..

Friday, May 7, 2010

TEMPAHAN KEK DAN KUIH2

Moist coklat kek ,satu kotak apam dot2 dan talam keladi ni diode oleh cikgu rosnah untuk suaminya .Cikgu rosnah minta mama antarkan ke RHB bank untuk suprisekan hubbynya,sayang cikgu rosnah gan suaminya,isteri misali cikgu kita ni ya,terima kasih cikgu.terima kasih daun keladi..


Dua kotak apam dot2 ni diode oleh sue,setau mama sue ni berbangsa punjabi tapi punya lah fasih berbahasa melayu..terima kasih sue .Menurut sue apam ni nak dibawa kepenang .Sampai penang apam dot2 tu ya..selamat jalan sue dan selamat jalan apam dot2.. he he

Satu buku kek marble dan dua kotak apam dot2 diode oleh kak mai dari senai ,terima kasih kak mai kalau nak ode lagi boleh2 saja..

Sunday, May 2, 2010

TEMPAHAN MINGGU LEPAS

Minggu lepas memang mama tersangatlah buzy tapi dah minat nya kesini nak buat macam manakan.Puding hantaran ni diode oleh sue dari ulu tiram untuk majlis pertunangan adiknya diulu tiram,terima kasih ya sue..Kepada sesiapa yang nak ode puding ni bolehlah calling2 mama ya..


Lima kotak apam dot2 ni diode oleh kawan satu opis adik mama juga tuk dibawa kekampungnya di kota tinggi kalau tak silap mama untuk majlis pertunangan adiknya ,terima kasih ya ina sudi gan mama..Sesiapa yang berminat nak ode boleh contek mama ya..


Lima kotak apam dot2 dan satu buku kek marble ni diode oleh cikgu khairiah tuk dibawa balik kekampung nya disegamat,terima kasih cikgu,terima kasih daun keladi..



Satu kotak apam dot2 ni diode oleh along dari taman scientex.

Apam dot-dot ni diode oleh jannah dari UTM skudai,terima kasih ya jangan serik tau..

Talam keladi ni diode oleh salah seorang pelanggan tetap mama iaitu kak su,terima kasih ya kak su

Tuesday, April 27, 2010

KEK HARI LAHIR..

Kek ari lahir ni diode oleh cikgu rosnah sebanyak lima belas buku untuk sekolahnya sempena ari lahir cikgu2 kat situ,terima kasih banyak mama ucapkan pada cikgu rosnah kerna sudi ode gan mama.Puas main buttercream dan menyeronokan. Lebih kurang minta halal ya cikgu dan untuk cikgu yang menyambut ari lahir tu mama ucapkan selamat hari lahir ,dimurahkan rezeki dan sihat selalu..

Ini diantara kek2 yang dihasilkan..








MAJLIS PERKAHWINAN LAGI

Minggu lepas mama gi majlis jemputan sepupu mama tempohari ,kali ni sebelah lelaki plak.Mama pun tolong juga rewang umah bapa sedara mama ,penat juga tapi seronok dapat jumpa sedara mara jauh dan dekat.Malas benor nak menaip jadi kita tengok gambar jelah ya..


Kek kawin pengantin..



Pasangan yang sama cantik sama padan..


Monday, April 19, 2010

MY KEK PALESU(FAUX CAKE)

Masih lagi bab menyelam sambil minum air ,he he sempat juga mama gi kelas kek palesu ni,kelas ni pun tak lama sangat jadi mama cal lah cikgunya,dia pun free mama gilah umahnya dan belajar camna nak buat kek palesu ni..kepada sesiapa berminat nak belajar boleh contek mama..